Dalam
sietem pendidikan guru patut mempelbagaikan kaedah dan teknik
pengajaran untuk menarik minat pelajar untuk belajar terutama dalam
matapelajaran bahasa melayu.
Salah asatu teknik pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan
laman blog untuk pengajaran Bahasa Melayu.Dasar Pembangunan Negara
dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001 – 2005) menegaskan
kepentingan membangunkan dan memperluaskan penggunaan teknologi
maklumat dalam pembangunan pendidikan, bertujuan untuk memodenkan
pengurusan teknologi maklumat dan pengetahuan ,merancakkan
pertumbuhan, melatih profesional, meningkatkan produktiviti, ,
mengurangkan jurang digital, dan mempastikan semua rakyat mendapat
manfaat daripadanya Keperluan terhadap penggunaan TMK dalam
pendidikan amat dirasai kerana TMK telah menjadikan dunia pendidikan
sebagai hak milik pelbagai lapisan masyarakat, pelbagai maklumat dan
sumber pendidikan dapat dicapai walau di mana jua berada.Sektor
pendidikan menjadi agen perubahan bagi mempertingkatkan kemahiran
penggunaan TMK dalam kalangan generasi muda. Pengaruh dan kemajuan
era TMK mencetuskan inovasi dalam pengurusan pendidikan, penilaian,
serta pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan
halaman blog juga merupakan satu elemen yang penting dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa melayu. Ia dapat membantu pelajar-pelajar
untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat,
bakat serta potensi pelajar sekaligus dapat menanam rasa cinta akan
ilmu pengetahuan. membantu
memudah dan mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah. Memudahkan tugas guru dan pelajar dalam mencari
maklumat yang diperlukanuntuk membentuk Jaringan Komunikasi Yang
Efektif, Cepat Dan mudah dengan pelbagai bentuk maklumat dapat
disampaikan dengan berkesan dan menarik. Penggunaan grafik,
ilustrasi, dan apa bentuk gambar rajah yang digunakan dapat
meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran dengan penggunaan
pelbagai media seperti audio, video dan animasi yang dinamik .
Blog
boleh menjadi laman untuk menyebarkan sebarang maklumat berkaitan
sekolah tempat pelajar menuntut ilmu. Melalui blog , guru boleh
mendapatkan teknik-teknik pengajaran yang lebih baik dan boleh
dipraktikkan dalam pengajaran. Selain itu juga guru dapat bertukar
informasi dan pengetahuan dengan guru-guru lain melalui tulisan dalam
laman blog tersebut.
Justeru
itu laman blog memberi kepentingan dalam pendidikan sebagai pencari
ilmu terutama kepada pelajar dan guru .Internet mandatangkan banyak
manfaat kepada mereka yang pandai menggunakan kemudahan semaksimun
mungkin.