Tuesday 2 December 2014

KEPENTINGAN BLOG DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

          Dalam sietem pendidikan guru patut mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran untuk menarik minat pelajar untuk belajar terutama dalam matapelajaran bahasa melayu. Salah asatu teknik pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan laman blog untuk pengajaran Bahasa Melayu.Dasar Pembangunan Negara dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001 – 2005) menegaskan kepentingan membangunkan dan memperluaskan penggunaan teknologi maklumat dalam pembangunan pendidikan, bertujuan untuk memodenkan pengurusan teknologi maklumat dan pengetahuan ,merancakkan pertumbuhan, melatih profesional, meningkatkan produktiviti, , mengurangkan jurang digital, dan mempastikan semua rakyat mendapat manfaat daripadanya Keperluan terhadap penggunaan TMK dalam pendidikan amat dirasai kerana TMK telah menjadikan dunia pendidikan sebagai hak milik pelbagai lapisan masyarakat, pelbagai maklumat dan sumber pendidikan dapat dicapai walau di mana jua berada.Sektor pendidikan menjadi agen perubahan bagi mempertingkatkan kemahiran penggunaan TMK dalam kalangan generasi muda. Pengaruh dan kemajuan era TMK mencetuskan inovasi dalam pengurusan pendidikan, penilaian, serta pengajaran dan pembelajaran.

          Penggunaan halaman blog juga merupakan satu elemen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa melayu. Ia dapat membantu pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat serta potensi pelajar sekaligus dapat menanam rasa cinta akan ilmu pengetahuan. membantu memudah dan mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Memudahkan tugas guru dan pelajar dalam mencari maklumat yang diperlukanuntuk membentuk Jaringan Komunikasi Yang Efektif, Cepat Dan mudah dengan pelbagai bentuk maklumat dapat disampaikan dengan berkesan dan menarik. Penggunaan grafik, ilustrasi, dan apa bentuk gambar rajah yang digunakan dapat meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran dengan penggunaan pelbagai media seperti audio, video dan animasi yang dinamik .
Blog boleh menjadi laman untuk menyebarkan sebarang maklumat berkaitan sekolah tempat pelajar menuntut ilmu. Melalui blog , guru boleh mendapatkan teknik-teknik pengajaran yang lebih baik dan boleh dipraktikkan dalam pengajaran. Selain itu juga guru dapat bertukar informasi dan pengetahuan dengan guru-guru lain melalui tulisan dalam laman blog tersebut.
Justeru itu laman blog memberi kepentingan dalam pendidikan sebagai pencari ilmu terutama kepada pelajar dan guru .Internet mandatangkan banyak manfaat kepada mereka yang pandai menggunakan kemudahan semaksimun mungkin.